Sunday, December 11, 2011

SYARAT SAH SOLAT JUMAAT

1. Didirikan dalam waktu zohor
2.Dilakukan di tempat yang telah ditetapkan seperti masjid
3.Dilakukan secara berjemaah sekurang-kurangnya 40
   orang jemaah yang tinggal menetap di kawasan itu.
4.Didahului dengan 2 khutbah


PENGECUALIAAN DARI MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT


1. Sakit: yang menyukarkan untuk ke masjid@yang
             boleh memudaratkan

2. Hujan: jika ianya mendatangkan kesukaran untuk
              ke masjid.

3. Musafir: orang yang di dalam perjalanan dengan
                 tujuan yang baik.

4. Takut dizalimi: orang yang bersembunyi kerana
                           bimbang diri dizalimi

5.Perang  : orang yang berada di medan perang.


 
  AMALAN-AMALAN SUNAT PADA HARI JUMAAT.


1.  Mandi sunat hari Jumaat,terutama sebelum ke
     masjid.
2.  Memotong kuku
3.  Mencabut atau menggunting bulu(ketiak,hidung,
     misai)
4.  Bersugi
5.  Memakai wangi-wangian
6.  Bersegera pergi ke masjid
7.  Berniat Iktiqaf
8.  Solat sunat Tahiyatul Masjid sebaik masuk masjid
9.  Memperbanyakkan zikir,mengaji dan berselawat

SYARAT WAJIB SOLAT JUMAAT

1. Islam(tidak wajib bagi orang kafir)
2.Baligh(tidak wajib bagi kanak-kanak)
3.Berakal(tidak wajib bagi orang gila)
4.Merdeka(tidak wajib bagi hamba abdi)
5.Lelaki(tidak wajib ke atas orang perempuan)
6.Sihat(tidak wajib bagi yang uzur)
7.Bermastautin atau bermukim(tidak wajib bagi musafir)

SOLAT JUMAAT

Solat Jumaat ialah solat fardu yang dilakukan pada hari Jumaat dalam waktu Zohor sebanyak 2 rakaat yang dilakukan secara berjemaah selepas mendengar khutbah Jumaat.Solat Jumaat hukumnya Fardu Ain ke atas setiap lelaki mukhallaf mengikut syarat-syarat tertentu.


DALIL AL QURAN TENTANG SOLAT JUMAAT

 "Wahai orang-orang yang beriman ,apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari
   Jumaat ,maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah(dengan mengerjakan
   solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu),yang demikian adalah baik bagi
   kamu jika kamu mengetahui." (Surah Al Juma'ah ayat 9)