Saturday, December 10, 2011
Solat Berjemaah
Solat Berjemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurangnya 2 orang iaitu seorang imam dan seorang makmum.Solat berjemaah adalah berlainan hukumnya mengikut jenis solat yang dikerjakan,iaitu:
1. Fardu Ain (pada solat Jumaat)
2. Fardu Kifayah (pada solat fardu lima waktu)
3. Sunat (pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan
berjemaah seperti solat sunat Hari Raya,solat Gerhana Bulan,solat
Terawih dan Solat Witir)
Tuntutan Berjemaah Solat Fardu.
Tuntutan berjemaah pada solat Fardu 5 waktu yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal,baligh,bermukim dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran.Ini bermaksud apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di masjid atau surau,maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim bagi orang yang tidak dapat hadir menunaikan solat berjemaah pada waktu tersebut.Tetapi sekiranya tidak didirikan solat berjemaah,maka seluruh penduduk kampung atau mukim itu akan menanggung dosa.
KELEBIHAN(FADHILAT) SOLAT BERJEMAAH
Fadilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding solat bersendirian. Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
"Solat berjemaah itu melebihi solat bersendirian sebanyak 27 darjat(27 kali ganda)"
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Sebenarnya fadilat solat berjemaah adalah bertali arus,sambung menyambung pahala yang dikurniakan Allah.Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat kelebihan 27 kali ganda,malah dia akan mendapat pahala sampingan yang lain semasa berulangalik ke masjid dan berada di dalam masjid.
SYARAT-SYARAT SAH SOLAT BERJEMAAH.
1. Berniat mengikut /menjadi imam
2. Mengetahui segala pergerakan imam
3. Tiada dinding yang menghalang antara imam dan makmum(kecuali bagi makmum
perempuan di masjid hendaklah dibataskan dengan kain)
4. Tidak mendahului imam dalam takbir atau melambat-lambatkannya.
5. Tidak mendahului imam dalam rukun-rukun sembahyang.
6. Kedudukan imam hendaklah di hadapan makmum,sekurang-kurangnya setakat tumit.
(makmum tidak berada di hadapan atau sebaris dengan imam)
7. Sama solat yang dikerjakan antara imam dan makmum seperti solat zohor dengan solat
zohor,solat Jumaat,solat sunat Hari Raya dan sebagainya
"sesungguhnya solat itu mencegah dari perkara keji dan munkar"

Solat-solat Sunat
Solat sunat adalah solat yang mendapat jika dikerjakan dan tidak mendapat dosa jika ditinggalkan.Berbeza dengan solat fardu yang digalakkan untuk didirikan secara berjemaah,solat sunat boleh dilakukan secara berjemaan atau bersendirian.
Contoh solat-solat Sunat:
Solat Dhuha,Solat Taubat,Solat Hajat,Solat Istikharah,Solat Gerhana,Solat Tahajjud,Solat Tasbih,Solat Terawih,Solat Rawatib,Solat Tasbih,Solat Witir,Solat Istisqa,Solat Tahiyyatul Masjid,Solat Hari Raya Aidil fitri&Aidil Adha,Solat Syukur,Solat Awwabin

Subscribe to:
Posts (Atom)