Sunday, December 11, 2011

SYARAT SAH SOLAT JUMAAT

1. Didirikan dalam waktu zohor
2.Dilakukan di tempat yang telah ditetapkan seperti masjid
3.Dilakukan secara berjemaah sekurang-kurangnya 40
   orang jemaah yang tinggal menetap di kawasan itu.
4.Didahului dengan 2 khutbah


PENGECUALIAAN DARI MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT


1. Sakit: yang menyukarkan untuk ke masjid@yang
             boleh memudaratkan

2. Hujan: jika ianya mendatangkan kesukaran untuk
              ke masjid.

3. Musafir: orang yang di dalam perjalanan dengan
                 tujuan yang baik.

4. Takut dizalimi: orang yang bersembunyi kerana
                           bimbang diri dizalimi

5.Perang  : orang yang berada di medan perang.


 
  AMALAN-AMALAN SUNAT PADA HARI JUMAAT.


1.  Mandi sunat hari Jumaat,terutama sebelum ke
     masjid.
2.  Memotong kuku
3.  Mencabut atau menggunting bulu(ketiak,hidung,
     misai)
4.  Bersugi
5.  Memakai wangi-wangian
6.  Bersegera pergi ke masjid
7.  Berniat Iktiqaf
8.  Solat sunat Tahiyatul Masjid sebaik masuk masjid
9.  Memperbanyakkan zikir,mengaji dan berselawat

SYARAT WAJIB SOLAT JUMAAT

1. Islam(tidak wajib bagi orang kafir)
2.Baligh(tidak wajib bagi kanak-kanak)
3.Berakal(tidak wajib bagi orang gila)
4.Merdeka(tidak wajib bagi hamba abdi)
5.Lelaki(tidak wajib ke atas orang perempuan)
6.Sihat(tidak wajib bagi yang uzur)
7.Bermastautin atau bermukim(tidak wajib bagi musafir)

SOLAT JUMAAT

Solat Jumaat ialah solat fardu yang dilakukan pada hari Jumaat dalam waktu Zohor sebanyak 2 rakaat yang dilakukan secara berjemaah selepas mendengar khutbah Jumaat.Solat Jumaat hukumnya Fardu Ain ke atas setiap lelaki mukhallaf mengikut syarat-syarat tertentu.


DALIL AL QURAN TENTANG SOLAT JUMAAT

 "Wahai orang-orang yang beriman ,apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari
   Jumaat ,maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah(dengan mengerjakan
   solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu),yang demikian adalah baik bagi
   kamu jika kamu mengetahui." (Surah Al Juma'ah ayat 9)

Saturday, December 10, 2011

KEDUDUKAN IMAM DAN MAKMUM

   

Solat Berjemaah

Solat Berjemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurangnya 2 orang iaitu seorang imam dan seorang makmum.Solat berjemaah adalah berlainan hukumnya mengikut jenis solat yang dikerjakan,iaitu:

    1. Fardu Ain (pada solat Jumaat)
    2. Fardu Kifayah (pada solat fardu lima waktu)
    3. Sunat (pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan
        berjemaah seperti solat sunat Hari Raya,solat Gerhana Bulan,solat
        Terawih dan Solat Witir)


                                      

Tuntutan Berjemaah Solat Fardu.

   Tuntutan berjemaah pada solat Fardu 5 waktu yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal,baligh,bermukim dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran.Ini bermaksud apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di masjid atau surau,maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim bagi orang yang tidak dapat hadir menunaikan solat berjemaah pada waktu tersebut.Tetapi sekiranya tidak didirikan solat berjemaah,maka seluruh penduduk kampung atau mukim itu akan menanggung dosa.


KELEBIHAN(FADHILAT) SOLAT BERJEMAAH

   Fadilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding solat bersendirian. Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:

     "Solat berjemaah itu melebihi solat bersendirian sebanyak 27 darjat(27 kali ganda)"
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

  Sebenarnya fadilat solat berjemaah adalah bertali arus,sambung menyambung pahala yang dikurniakan Allah.Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat kelebihan 27 kali ganda,malah dia akan mendapat pahala sampingan yang lain semasa berulangalik ke masjid dan berada di dalam masjid.



SYARAT-SYARAT SAH SOLAT BERJEMAAH.

1. Berniat mengikut /menjadi imam
2. Mengetahui segala pergerakan imam
3. Tiada dinding yang menghalang antara imam dan makmum(kecuali bagi makmum
    perempuan di masjid hendaklah dibataskan dengan kain)
4. Tidak mendahului imam dalam takbir atau melambat-lambatkannya.
5. Tidak mendahului imam dalam rukun-rukun sembahyang.
6. Kedudukan imam hendaklah di hadapan makmum,sekurang-kurangnya setakat tumit.
    (makmum tidak berada di hadapan atau sebaris dengan imam)
7. Sama solat yang dikerjakan antara imam dan makmum seperti solat zohor dengan solat
    zohor,solat Jumaat,solat sunat Hari Raya dan sebagainya



                 
"sesungguhnya solat itu mencegah dari perkara keji dan munkar"

Solat-solat Sunat

Solat sunat adalah solat yang mendapat jika dikerjakan dan tidak mendapat dosa jika ditinggalkan.Berbeza dengan solat fardu yang digalakkan untuk didirikan secara berjemaah,solat sunat boleh dilakukan  secara berjemaan atau bersendirian.

Contoh solat-solat Sunat:

Solat Dhuha,Solat Taubat,Solat Hajat,Solat Istikharah,Solat Gerhana,Solat Tahajjud,Solat Tasbih,Solat Terawih,Solat Rawatib,Solat Tasbih,Solat Witir,Solat Istisqa,Solat Tahiyyatul Masjid,Solat Hari Raya Aidil fitri&Aidil Adha,Solat Syukur,Solat Awwabin

Thursday, December 1, 2011

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT

1.Berkata-kata dengan sengaja
2.Menambah atau mengurangkan perbuatan rukun solat
3.Didatangi hadas kecil atau hadas besar
4.Terkena najis pada badan atau pakaian
5.Terbuka aurat
6.Membelakangi kiblat
7.Mengubah niat solat(contoh:niat solat asar pada waktu solat zohor)
8.Makan atau minum walaupun sedikit
9.Mengeluarkan suara selain bacaan dalam solat
10.Murtad (keluar dari agama Islam)

                                                                                     

                                                                                  

RUKUN SOLAT

                    RUKUN SOLAT ADA 13 PERKARA:

Wednesday, November 30, 2011

Syarat-syarat sah solat

                    Syarat-syarat sah solat

1. Suci daripada hadas kecil dan hadas besar
2.Suci tempat,pakaian dan tubuh badan dari najis
3.Menutup aurat
4.Mengadap kiblat
5.Yakin telah masuk waktu solat

Wednesday, November 23, 2011

                                        SYARAT-SYARAT WAJIB SOLAT


                       1.ISLAM (TIDAK WAJIB BAGI ORANG KAFIR)
                      2.BALIGH (TIDAK WAJIB BAGI KANAK-KANAK)
                      3.BERAKAL (TIDAK WAJIB BAGI ORANG GILA )
                     4.MERDEKA (TIDAK WAJIB BAGI HAMBA ABDI)
                     5.BERMASTAUTUIN  (TIDAK WAJIB BAGI MUSAFIR)



Monday, November 21, 2011

PENGERTIAN SOLAT

 Solat bermaksud beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan memberi salam.Allah s.w.t berfirman" dan dirikanlah solat...sesungguhnya solat itu satu kewajipan yang ditentukan waktu kepada orang yang beriman"
  Solat fardu wajib didirikan 5 waktu sehari semalam,bermula dengan solat subuh,diikuti zohor,asar, maghrib dan disudahi dengan solat isyak. Sesungguhnya dengan mendirikan solat dapat mencegah diri kita dari melakukan perkara yang keji dan mungkar.



Solat satu kewajipan,pelajarilah ia di awal usiamu

Mari Bersolat